Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011
MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN DISINI (DOC)
Upacara tradisi
Setelah berkubur sekian lama, tradisi persilatan yang diamalkan lebih dari 500 tahun lalu di bumi Melayu ini bakal dihidupkan kembali di Ipoh, Perak pada 06-08hb Mei 2011. Satu pertandingan seni silat cara lama yang mempertaruhkan ganjaran lumayan dan gelaran bagi para pendekar muda yang berhajat untuk mencuba nasib. Pada era kegemilangan Empayar Melayu tua, pertandingan sebegini sering menjadi kayu pengukur untuk memilih pendekar-pendekar muda yang bakal menjadi hulubalang Kesultanan Melayu.
Mengikuti cara tradisi, pertandingan seni silat terbahagi kepada 3 katogeri utama iaitu i) bunga silat ii) tempur tanpa senjata dan iii) tempur dengan senjata. Mereka yang hadir akan menwakili pasukan masing masing yang terpilih diperingkat daerah. Para pendekar muda dari daerah daerah seluruh pelusuk empayar akan bertanding dalam satu kejuaraan khas yang selalunya anjurkan di istana dan dihadapan Sultan.
Mereka yang berjaya akan diserapkan ke pasukan hulubalang pelatih di raja yang digelarkan Satria muda. Satria muda akan dilatihkan oleh hulubalang hulubang Sultan dalam pelbagai ilmu berperang dan akhirnya dikhatamkan sebagai Hulubalang di Raja.
Cara lama era baru
Kejuaraan seni silat warisan Mahaguru menghidupkan cara lama ini untuk dipraktikan oleh para pesilat masakini. Pada 06-08hb Mei 2011, bertempat di Kolej Matrikulasi Gopeng Perak, kejuaraan unik ini yang bakal mengegar dunia persilatan Melayu. Usaha murni untuk menghidupkan kembali warisan bangsa ini ditaja khas oleh KPERAK Implementaion & Coordination Corporation ,Institut Darul Ridzwan Jabatan Kesenian , Kebudayaan, Belia dan sukan Perak,serta disokong oleh PESAKA,Spacetoon Media Hub, Perak E Organization Sdn bhd Jak Othman Kickboxing & Martial Art Studio , Silat Melayu.com dan Majalah Seni beladiri. Di anjurankan oleh Homeland Frontier Sdn Bhd dengan saudara Jak Othman sebagai Pengarah kejuaraan, semua perguruan seni silat yang benar-benar silat berdaftar atau tidak dijemput untuk menyertai Kejuaraan ini. Tidak kira ahli gabungan PESAKA atau tidak boleh menyertai.
Untuk Kejuaraan ini mereka yang bertanding mesti mendaftar sebagai satu pasukan. Setiap pasukan tidak melebih 6 orang termasuk ketua atau pengurus. Setiap pasukan mesti bertanding dalam 3 katogeri asal iaitu bunga silat,tempur tanpa senjata dan tempur dengan senjata. Pertandingan ini terbuka pada pesilat wanita dan lelaki, tiada katogeri jantina. Kami menambah satu katogeri khas iaitu Srikandi untuk menyemarakan lagi kaum hawa bersilat .
Untuk Bunga silat para peserta disyorkan untuk mempamerkan bunga-bunga silat tradisi yang diamalkan oleh para pendekar dan hulubalang sejak berkurun lamanya, bukan menari dengan tari silat. Katogeri ini hanya 2 minit dan boleh disertai oleh satu pesilat. Persembahan mengikut kreativiti masing masing. Juara membawa pulang wang tunai Rm1,000, sebuah piala dan percutian di Resort terpilih di negari Perak. Naib juara dan ketiga bawa pulang piala dan percutian di resort pilihan.
Katogeri `Tempur tanpa senjata’ sila bersilat tanpa senjata. Jangan ada elemen asing yang tiada kaitan dengan silat. Jika ada markah dipotong ya. Katogeri ini hanya 2 minit dan boleh di sertai oleh 2 orang . Juara membawa pulang Rm2,000 sebuah piala dan percutian di resort terpilih di negeri Perak. Kedua dan ketiga sama seperti katogeri bunga silat.
Katogeri tempur dengan senjata , sila bersilat dengan senjata Melayu bukan senjata bangsa Cina, Jepun atau sebagainya. Misalnya jika anda bersilat dengan hebat tapi mengunakan pedang Taiji atau pedang samurai markahnya kosong ya! Gunalah senjata Melayu yang jumlahnya lebih dari 200 jenis. Katogeri ini hanya 2 minit dan boleh disertai oleh 2 pesilat. Juara membawa pulang Rm3,000 sebuah piala dan percutian di resort terpilih di negeri Perak. Kedua dan ketiga sama seperti katogeri bunga silat.
Katogeri tambah khas ialah Srikandi. Untuk Srikandi katogeri ini ditujukan khas untuk penyertaan wanita. Walaubagaimana pun wanita ini mestilah diantara yang 6 orang dalam satu pasukan. Katogeri ini hanya 2 minit dan persembahan bebas, pilihlah tempur tangan kosong atau bersenjata. . Persembahan ini boleh digabungkan lelaki dan wanita tapi penerajunya mestilah wanita. Juara membawa pulang Rm2,000 , sebuah piala dan percutian di resort terpilih di negeri Perak. Kedua dan ketiga sama seperti bunga silat.
BERMINAT?
Setiap penyertaan mesti dalam bentuk satu pasukan maxima 6 orang termasuk ketua/ pengurus. Katogeri wajib ialah bunga silat, tempur tanpa senjata dan tempur dengan senjata. Wang pendaftaran untuk setaip pasukan ialah Rm200*. Sila sedia Cek berpalang, money order atau Bank draf untuk Homeland Frontier Sdn. Bhd. Hantarkan ke Kejuaraan seni silat warisan Mahaguru di alamat 78-3, Jalan SS15/4D, Subang Jaya , 47500 Selangor. Sila berdaftar sekarang. Jumlah pasukan terhad.
MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN DISINI (DOC)
Setiap penyertaan mesti dalam bentuk satu pasukan maxima 6 orang termasuk ketua/ pengurus. Katogeri wajib ialah bunga silat, tempur tanpa senjata dan tempur dengan senjata. Wang pendaftaran untuk setaip pasukan ialah Rm200*. Sila sedia Cek berpalang, money order atau Bank draf untuk Homeland Frontier Sdn. Bhd. Hantarkan ke Kejuaraan seni silat warisan Mahaguru di alamat 78-3, Jalan SS15/4D, Subang Jaya , 47500 Selangor. Sila berdaftar sekarang. Jumlah pasukan terhad.
Tulis dengan tepat :-
Nama perguruan/ pasukan, alamat surat menyurat, alamat e-mail , nombor telefon pengurus/ketua & katogeri-katogeri yang bakal disertai. Jangan lupa kepilkan satu ringkasan tidak lebih dari 50 perkataan mengenai latarbelakang pasukan dan aliran silat ahli ahli pasukan anda
Jumpa anda di sana ya!
* Tidak akan dikembalikan jika tidak hadir di kejuaraan atau ingin membatal peryertaan.
Dikembalikan jika kejuaraan terpaksa dibatalkan.